Followers

Monday, January 14, 2019

JAWAPAN KEHIDUPAN - TIDUR YANG BERKESAN


Image result for SLEEP 

"Semoga anda "hidup" setiap hari sepanjang kehidupan".
Jonathan Swift

" Masa yang paling penting dalam kehidupan ialah sekarang "
Ahsan

Selama kita hidup di dunia Allah taala mengurniakan kita semua dengan masa secara percuma. Kita mendapat kurniaan masa pada kadar yang sama iaitu dari detik, saat, minit, jam dan seterusnya. Tak ada siapa yang mendapat lebih daripada 24 jam dalam sehari atau 400 hari dalam setahun. Yang mungkin membezakannya ialah panjang pendeknya umur kita. Walaubagaimanapun cara sekalipun kita tidak dapat menghalang masa daripada berlalu pergi. Oleh kerana itu, kita mesti menggunakan setiap detik yang ada dengan sebaiknya.

Bab ini akan menghuraikan tentang kurniaan masa yang kita semua tahu terbahagi kepada dua :

  1. Masa Tidur
  2. Masa Sedar
 MASA TIDUR

“ Orang yang banyak tidur melihat dunia buat masa yang singkat “


Saya sering bertanya kepada kawan-kawan berapa jamkah tidur yang diperlukan setiap hari. Jawapan kebanyakan mereka - lebih kurang 8 jam.

“Siapakah yang mengatakan begitu “? Tanya saya lagi.

“Saintis Barat”. Jawabnya.

Inilah telah menjadi kepercayaan kita semenjak kecil lagi. Kita berkata tidur selama 8 jam dapat menyihatkan badan namun begitu kita takkan jumpa walau sebuah hadispun yang mengatakan yang kita perlu tidur sebanyak itu. Kajian-kajian ini semuanya dilakukan oleh Saintis bukan Islam terhadap sampel bukan Islam. Benar mereka juga manusia tetapi cara kehidupan mereka jauh berbeza. Jelas menunjukkan yang kajian saintis barat itu sebenarnya hanyalah memberikan pendapat mereka semata-mata.

Pun begitu, dicelah-celah kajian kemanusiaan mereka ini mereka mengakui yang hanya dalam Islam iaitu dengan bersujud darah mengalir ke otak yang mana baik untuk kecerdasan. Ini tidak berlaku semasa kita melakukan aktiviti yang lainnya kerana tarikan graviti hanya akan menarik darah dalam badan kita turun ke kaki.

Disamping itu juga dalam sejarah Islam kita ketahui sahabat-sahabat Nabi pula terkenal sebagai penunggang kuda yang handal di siang hari dan di malam hari pula merupakan ahli ibadat yang hebat. Adakah mereka tidur sebanyak kita? Sebenarnya dalam Islam tidur yang terbaik ialah tidur Nabi Daud AS yang hanya tidur selama 4 jam setiap malam.

Mari kita perhatikan dialog berikut :

Ramli    :  " Abu, kenapa kau tidur ni? Kau tak cukup tidur ke
                  semalam ?"
( Ramli bertanyakan soalan ini kerana dia percaya yang tidur secukupnya ialah 8 jam)
Ramli    : " Ha'ah, aku tak cukup tidur la.."
                  (Abu menjawab demikian atas alasan yang sama).
Ramli    : " Kau tidur pukul berapa semalam?
Abu        : " Pukul 3 pagi "
Ramli    : " Bangun? "
Abu        : " Pukul 7 pagi"

Kepercayaan yang kita perlu tidur selama 7 atau 8 jam sehari menyebabkan kita berkata demikian. Apabila mulut kita berkata yang kita tak cukup tidur maka secara automatik telinga kita mendengar dan otak kita memproses. Bak kata orang putih Mind over matters. Sejurus kemudian segala anggota kita menyetujuinya termasuklah mata. Ini yang menyebabkan kita terasa mengantuk dengan itu cuba menggantikan tidur yang dikatakan kurang tadi di siang hari. Sebenarnya apa yang kita perlu lakukan ialah dengan berkata :

" Aku telah mendapat rehat malam tadi dan sekarang masa untuk aku meneruskan prodaktiviti ".

Bila anda percaya yang anda telah mendapat rehat yang secukupnya walau hanya beberapa jam maka seluruh anggota badan anda akan kembali cergas seperti sediakala. ALAH BISA TEGAL BIASA.

Kadang-kadang bila kita terasa begitu letih dan terlena selama 10 minit. Yang peliknya bila kita bangan kita terasa seakan telah tidur selama 8 jam. Langsung kita tak kata kita tidak cukup tidur. Ada juga yang belum mengantuk tetapi kita masuk tidur atas kepercayaan yang sama. Perkataan tidak cukup tidur wujud kerana kepercayaan kita tadi.

Tidur adalah tabiat yang sangat seronok. Ramai remaja di luar sana yang begitu sayang dengan katil dan bantal peluknya jadi bila hari cuti mereka akan tidur sehingga matahari tegak di atas kepala malah lebih teruk lagi sehingga petang. Saya rasa ramai ibubapa di luar sana yang bersetuju dengan kenyataan ini.

Ada juga diantara kita yang menghabiskan masa di hujung minggu dengan tidur selepas makan tengahari. Kebiasaan kita tidur pada masa ini menyebabkan jam biologi kita akan bertindak memberitahu kita yang kita perlu tidur pada masa-masa ini. Untuk berubah kita perlu mengalahkan jam biologi kita sendiri. Namun begitu tidur sekejap sebelum waktu Zohor memang sunnah Nabi SAW tapi kalau tidur lepas makan tengahari sampai waktu Asar dah banyak lebih tu.

Sebenarnya kita kehilangan sesuatu. Dalam tidur kita tak boleh buat apa-apapun. Paling kuatpun kita mendapat mimpi yang indah. Kos melepasnya ialah kita tidak dapat melakukan sesuatu yang berbentuk daya pengeluaran untuk menambah nilai diri kita. Sebenarnya bagi yang tidur secara purata 8 jam sehari dan kalau beliau hidup mencapai umur 60 tahun maka 1/3 atau 20 tahun daripada masa kehidupan kita akan dihabiskan untuk tidur.

Bagi yang tidur secara purata 6 jam pula mereka akan menghabiskan masa hanya 15 tahun daripada masa hidupnya untuk tidur. Maka dia akan beruntung sebanyak 5 tahun masa sedar untuk produktiviti.

Kes contoh :

Seorang yang tidur 8 jam sehari - bangun pukul 6:00 pagi dan masuk tidur pukul 10:00 malam akan hanya menggunakan masa sedarnya sebanyak 16 jam sehari sedangkan seorang yang bangun pada masa yang sama tetapi masuk tidur jam 12 malam dengan tidur hanya sebanyak 6 jam akan menggunakan masa sedarnya sebanyak 18 jam sehari. Dalam masa 2 jam banyak yang dapat kita lakukan dari apa jua aspek. Kalau kita memandu kereta dari Kuala Lumpur dalam masa 2 jam tersebut kita akan sampai ke Melaka.

Perbezaan 2 jam itu mungkin tak bermakna apa-apa. Tapi persoalannya berapa jauhkah seseorang itu dapat bergerak dalam masa 2 jam?
Sekiranya masa 2 jam itu digantikan dengan 2 ilmu maka :

Dalam 10 hari           : 10 hari X 2 ilmu = 20 ilmu
Dalam setahun         : 365 hari X 2 ilmu sehari = 730 ilmu
Dalam 10 tahun        : 365 hari X 2 ilmu sehari X 10 tahun = 7300 ilmu.

Itulah bezanya, tetapi kalau difikirkan takkan dalam 2 jam kita hanya boleh mendapat 2 ilmu sahaja ?

Sebab itulah kadang-kadang kita dapat lihat seseorang yang walaupun muda tetapi mempunyai kematangan dan timbangtara yang jauh lebih baik.

Kalau difikirkan, tidur adalah sesuatu yang pelik; katalah kita tidur prabayar selama 16 jam dengan harapan untuk berjaga semalaman esoknya namun kita akan mendapati kita tetap akan mengantuk malam esoknya. Tidur hanya boleh diganti namun ia tidak boleh dibayar dahulu. Bayangkan kita tidak tidur selama 2 malam berturut-turut dan kalau kita dapat menggantikannya dengan tidur selama 8 jam keesokan harinya kita akan kembali normal seperti sediakala.

Mungkin ada yang berkata tidur yang cukup dapat memanjangkan umur tetapi belum ada kajian sahih yang dapat membuktikannya lagipun bukankah panjang atau pendeknya umur seseorang itu terletak di tangan Tuhan ?

“Tiada siapa yang dapat membeli kembali masa yang telah lepas”.
Oscar Wilde

Mengetahui ilmu ini, setiap kali bila saya tidur awal dan terlewat bangun selama 2 jam saya rasa kecewa memikirkan produktiviti yang boleh saya lakukan sekiranya saya bangun lebih awal. Saya menjadi irihati kerana orang lain telah dapat melakukan banyak perkara semasa saya sedang tidur. Orang lain sudah ke pasar, makan pagi, memulakan perniagaan, mula mengulangkaji pelajaran dan sebagainya sedangkan saya masih dalam selimut. Yang sedihnya masa yang telah berlalu itu tidak mungkin akan datang kembali.

KESIMPULANNYA : Tidur adalah satu kaedah rehat yang penting. Oleh itu tidurlah hanya bila kita benar-benar memerlukan.

Nukilan,

FY Al Haj
0166667430


Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment