MOTIVASI PERCUMA - SIFAT DAN SIKAP, BAIK
DAN BURUK
Sejak kita dilahirkan Allah Taala telah menjadi kita
secara fitrahnya MEMANG mempunyai sifat dan sikap yang BAIK. Apakah buktinya?
Buktinya mudah sahaja. Cuba analisis keadaan dan situasi
di bawah ini. Dalam hati cuba tanya manakah yang anda suka dan manakah yang
anda tak suka.
-
Seorang anak yang mencederakan bapanya
-
Seorang ibu yang memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang
-
Seorang ibu yang mengugurkan bayinya
-
Seorang kanak-kanak yang didera
-
Seorang murid yang menghormati gurunya
-
Seorang gadis yang dirogol
-
Seorang budak membantu orang buta melintas jalanraya
-
Seorang lelaki dipukul
beramai-ramai hingga mati
-
Beberapa orang lelaki membantu menolak kereta yang rosak
-
Seorang remaja yang menghidu gam
-
Seorang pelajar cemerlang
-
Perkauman
-
Keharmonian antara kaum
-
Peperangan
-
Keamanan
-
Bersantai di tepi pantai
-
Kebuluran
-
Kemiskinan
-
Kesenangan
-
Pemandangan yang indah
Bila kita letakkan senario ini dalam dua kategori bukankah
ini yang akan berlaku;
SUKA
-
Seorang ibu yang memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang
-
Seorang murid yang menghormati gurunya
-
Seorang budak membantu orang buta melintas jalanraya
-
Keamanan
-
Bersantai di tepi pantai
-
Keharmonian antara kaum
-
Beberapa orang lelaki membantu menolak kereta yang rosak
-
Kesenangan
-
Pemandangan yang indah
-
Seorang pelajar cemerlang
TAK SUKA
-
Perkauman
-
Peperangan
-
Seorang kanak-kanak yang didera
-
Seorang ibu yang mengugurkan bayinya
-
Seorang anak yang mencederakan bapanya
-
Seorang gadis yang dirogol
-
Seorang remaja yang menghidu gam
-
Seorang lelaki dipukul
beramai-ramai hingga mati
-
Kebuluran
-
Kemiskinan
Kenapa begitu? Bagaimana begitu pemilihan kita? Bukankah
pemilihan itu berlaku secara automatik. Itu jelas menunjukkan yang fitrah
manusia secara automatik memilih yang baik! Kanak-kanak kecil contohnya tak
punya perbezaan ideologi, ugama dan sifat perkauman. Mereka boleh berkawan
dengan sesiapa sahaja, lelaki perempuan, Melayu Cina mahupun India. Semasa
anak-anak kita masih kecil kalau kita suruh mereka buat itu ini, mereka patuh
dan mengikut sahaja tapi bila mereka membesar lain pula jadinya.
Persoalannya kalau memang secara fitrah kita merupakan
makhluk yang baik, kenapa pula bila kita membesar menjadi dewasa kita punya
sikap, sifat. Tabiat dan amalan kehidupan yang buruk? Dari mana datangnya? Pasti
ia datang melalui satu proses yang terbentuk dalam satu fasa tertentu dalam
kehidupan, akhirnya kita yang sepatutnya rajin menjadi pemalas, sepatutnya pemurah
menjadi kedekut, sepatutnya baik menjadi jahat!
Manusia yang mengisi dirinya dengan sikap dan sifat yang
buruk lalu menyebabkan dirinya terpesong atau tersesat dari landasan yang benar
iaitu landasan fitrah yang diredhai Allah Taala. Sifat yang positif bertukar
menjadi sifat yang negatif.
Sifat dan
sikap yang positif
|
Sifat dan
sikap yang negatif
|
Sabar
|
Pemarah
|
Pemurah
|
Kedekut
|
Berprasangka baik
|
Syak wasangka buruk
|
Rajin
|
Malas
|
Menghormati
|
Derhaka
|
Sikap dan sifat yang buruk ini pula akan keluar dalam
bentuk amalan atau tabiat yang buruk dan tercela. Sebaliknya sifat yang baik
akan membawa kepada akhlak yang yang baik. Secara kasarnya amalan buruk ini
dinamakan maksiat sedangkan yang
baik itu dinamakan ibadah.
Amalan Baik
|
Amalan
Buruk
|
Bersilaturahim
|
Bermusuhan
|
Ibadah ugama
|
Amalan maksiat
|
Ingat mengingati
|
Fitnah dan mengadu domba
|
Saling membantu
|
Pentingkan diri sendiri
|
Seterusnya dari sudut Islam ia akan membawa kepada
perbezaan samaada orang itu orang dunia yang menurut nafsu mahupun orang yang
beriman yang menurut perintah Allah.
Orang
Duniawi
|
Orang
Beriman
|
Dimurkai Allah
|
Dicintai Allah
|
Dibenci manusia
|
Disayangi manusia
|
Dipinggirkan keluarga
|
Dikasihi keluarga
|
Menghadapi pelbagai masalah
|
Dipermudahkan urusan
|
Doa yang tidak dimakbulkan
|
Dimakbulkan doa
|
Dan ia akan menentukan matlamat akhir di akhirat nanti
samaada kita akan menjadi penghuni Syurga Firdaus yang hidup dalam keadaan yang
sejahtera buat selama-lamanya atau penghuni Neraka Jahannam yang
menjulang-julang apinya.
Orang
Duniawi
|
Orang Beriman
|
NERAKA
|
SYURGA
|
Jadi mana
satukah yang akan kita pilih, adakah kita akan memilih untuk mengikut fitrah
dalam diri kita? Mengikut perintah Allah serta meninggalkan laranganNya. Adakah
kita akan mengikut akal untuk mengalahkan nafsu? Atau sebaliknya kita mengikut
godaan syaitan serta menjadi hamba kepada nafsu serakah yang tak pernah puas
itu? Pilihan di tangan kita sendiri, Tepuk dada tanya selera.
Bagi menyambung kajian mengenai sikap dan sifat ini, oleh
kerana kehidupan di dunia ini pendek dan kita hidup hanya sekali sahaja maka
kita boleh hidup biasa-biasa sahaja atau kita boleh memilih untuk hidup secara
LUAR BIASA! Menjadi orang yang cemerlang dan terbilang.
Orang yang cemerlang dan terbilang lagi luar biasa
pastinya akan mempunyai sifat, sikap, amalan serta tabiat yang luarbiasa juga!
Mari kita perhatikan carta di bawah ini pula ;
ORANG
GAGAL
|
ORANG
BIASA
|
ORANG
LUARBIASA
|
Tiada
matlamat
|
Ada
matlamat
|
Punya
matlamat yang jelas
|
Pemalas
|
Rajin
|
Gigih
|
Mudah
mengalah
|
Tak mudah
mengalah
|
Tak kenal
putus asa
|
Lembab
|
Ala kadar
|
Mencari
kesempurnaan
|
Melepaskan
peluang
|
Mengambil
peluang
|
Mencipta peluang
|
Membuang
masa
|
Seadanya
|
Menghargai
masa
|
Negatif
|
Positif
|
Proaktif
|
Hangat-hangat
tahi ayam
|
Berusaha
|
Usaha
berterusan
|
Anda nampak perbezaan prinsip pegangan mereka? Saya akan huraikan mengenainya lebih
terperinci lagi dalam artikel yang seterusnya.
Jom bangkitlah dan terapkan nilai dan prinsip kehidupan
yang luar biasa demi menggapai kecemerlangan di dunia dan InshaAllah di akhirat
nanti!
Ikhlas,
FY Al
Haj
0166667430
Sekiranya
anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share
post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan
dengannya.
No comments:
Post a Comment