Followers

Thursday, January 24, 2019

JAWAPAN KEHIDUPAN - DUA MODAL YANG MANUSIA ADA

Image result for human being young to old

SUMBER PRIMARY DAN SECONDARY DALAM DIRI MANUSIA

Mana-mana manusia yang dilahirkan di mukabumi ini akan mendapat dan bertemu dengan elemen-elemen yang yang bakal saya terangkan ini. Pertama bagi manusia yang cukup sifat mereka akan akan mendapat masa, tenaga, anggota dan pancaindera bermula sejak kelahiran. Kita akan dikurniakan wajah yang lengkap dengan mata yang boleh melihat tak kesahlah anak mata kita hijau, biru, hitam mahupun coklat, dengan telinga yang boleh mendengar tak kiralah bagaimana bentuknya, mulut yang boleh bercakap dan sebagainya. Kita juga akan dikurniakan dengan nyawa, masa dan tenaga secara percuma.

Jadi di sini saya menamakannya sebagai elemen primary. Ini kerana semua orang akan dikurniakan dengan elemen yang sama. Anda ada saya pun ada. Inilah modal utama diri kita.

Image result for primary

SUMBER PRIMARY

Masa
Tenaga
Anggota
Pancaindera
Akal Fikiran

Dalam elemen primary inipun hakikatnya kita tak diberikan manual ketika kita dilahirkan. Tak seperti tatkala kita membeli sebuah smart phone maka kita boleh mendapat manualnya secara online bagaimana untuk menggunakannya namun demikian kita tak habispun membacanya dan dalam banyak segi kita tak menggunakan sepenuhnya keupayaan smart phone tersebut. Banyak aplikasi tak pernah kita sentuhpun. Samalah macam otak manusia, menurut saintis kita hanya menggunakan hanya sebahagian kecil dari keupayaan sebenar otak kita.  

Oleh kerana manusia dilahirkan tanpa manual maka kita menggunakan semua elemen yang ada dengan sesuka hati penuh dengan pembaziran. Kebanyakan ibubapa juga tak pernah mengajar kita menggunakan semua elemen ini secara objektif. Mana pernah bapa kita buat sesi pengenalan bagaimana nak guna mata, telinga, otak, masa dan tenaga sebagai contoh? Kalau pernah memanglah bapa anda seorang yang hebat!

Tanpa manual ini maka kita melihat apa sahaja yang ingin kita lihat baik dan buruk. Kalau guna mata untuk membaca dan memasukkan ilmu pengetahuan tak mengapalah, masalahnya kita gunakan untuk menonton pornografi, mengendap, berjudi dan sebagainya. Kita punya masa kalau guna untuk kebaikan tak apalah. Masalahnya kita gunakan untuk perkara yang tak berfaedah dan sia-sia. Kita ada masa kita tidur!  

Di sini dari elemen primary ini sudah kelihatan perbezaan di antara orang gagal dengan orang yang berjaya. Masa orang berjaya penuh dengan pengisian ilmu pengetahuan dan perkara yang berfaedah sedangkan masa orang yang gagal penuh dengan sesi lepak, main gajet dan sesi sembang teh tarik. Tenaga orang berjaya digunakan untuk mencapai misi dan visi sedangkan orang yang gagal kedekut dengan tenaganya.

Image result for melting ice

Ingatlah tenaga dan masa ini umpama seketul ais yang mencair samaada kita menggunakannya atau tidak. Bila kita tua masa dan tenaga kita semakin kurang dan ais kita semakin kecil namun terus mencair hinggalah penghujung hari bila kita mati nanti. Ais pun habis.

Tak mengapalah kerana di sini dalam blog ini saya akan menghuraikan segala yang perlu anda tahu mengenai elemen primary yang ada dalam diri kita ini dan kaedah yang terbaik bagaimana untuk menggunakannya. Kita akan belajar mengenai penggunaan masa dan tenaga, anggota dan pencaindera secara berkesan bagi mendapatkan keuntungan dalam kehidupan kita di masa-masa yang mendatang.

Apa yang anda perlu buat ialah membaca semua pengisian-pengisian yang saya sampaikan dalam blog ini. InshaAllah ia akan menjawab semua persoalan kehidupan anda dan siapa tahu mungkin akan menjadikan anda orang yang berjaya lagi luar biasa!

Image result for secondary 

SUMBER SECONDARY

Seterusnya elemen Secondary atau elemen luaran. Dahlah elemen primary kita ke laut penggunaannya tanpa manual tanpa matlamat yang jitu, ia ditambah pula dengan elemen secondary yang terdiri dari apa yang kita pelajari sejak kecil hingga dewasa yang bakal membentuk sikap dan sifat, ilmu pengetahuan dan kemahiran dan sebagainya.

Sebagai contoh, bagaimana bapa yang gagal nak membentuk anak yang berjaya? Bagaimana bapa yang kerja kerajaan nak ajar anaknya cara-cara untuk menjalankan perniagaan? Ibu yang negatif mengenai semua perkara, itu tak boleh ini tak boleh bagaimana nak membentuk anaknya untuk bersifat positif. Yang kita jadi anak pula ikut sahaja apa yang dikatakan oleh kedua ibubapa kita itu walaupun mereka mempunyai prinsip dan pegangan hidup yang salah.

Katalah ibubapa kita percaya yang kita tak perlu belajar tinggi-tinggi kerana kata mereka Lim Goh Thong pengasas Genting, Mark Zuckerberg pengasas Facebook, Bill Gates pengasas Microsoft semuanya tak habis belajar tetapi menjadi billionair. Adakah kita akan memegang prinsip tersebut dan menjadikannya matlamat kehidupan kita?   

Kesedaran mengenai semua ini amat penting supaya kita tahu mana yang betul dan mana yang salah, prinsip mana yang perlu kita pegang dan prinsip mana yang perlu kita buang untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan InshaAllah di akhirat kelak. Ia akan membezakan kita samaada kita akan menjadi orang yang gagal, orang yang biasa-biasa atau orang yang luar biasa sepertimana yang pernah saya huraikan dalam artikel sebelum ini.

SECONDARY
Sikap
Sifat
Ilmu Pengetahuan
Kemahiran
Ideologi dan Kepercayaan
Ugama

Dalam hal ini elemen primary adalah sesuatu yang TAK BOLEH KITA PILIH. Ia bukan pilihan kita. Kita tak tahu berapa lama masa dan berapa banyak tenaga yang Allah kurniakan kepada kita. Kita tak boleh pilih bentuk, rupa dan tubuh badan kita. Kulit hitam putih ke coklat semuanya ketentuan Allah. Kalau boleh semua perempuan nak rupa Neolofa atau rupa Miss Universe agaknya. Kita juga tak boleh pilih kepada keluarga mana kita dilahirkan. Kalau boleh semua orang nak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, bahagia lagi berada agaknya.

Image result for kekayaan

TAK BOLEH PILIH
BOLEH PILIH
Masa
Ugama
Tenaga
Ideologi dan Kepercayaan
Anggota
Sifat
Pancaindera
Sikap
Rupa
Ilmu Pengetahuan
Warna Kulit
Kemahiran
Ibu bapa
Pekerjaan

Namun demikian kita BOLEH PILIH elemen secondary. Ini kerana elemen luaran ini perlu kita cari dan masukkan dalam diri. Kita boleh pilih sifat dan sikap mana yang kita suka, ilmu pengetahuan dan kemahiran, pegangan nilai dan prinsip malah ideologi dan ugama.

Elemen ini berada di luar sana dan sering kita dengar dari ibubapa mahupun guru yang inginkan kita menjadi orang yang berjaya, dari ustaz-ustaz dalam rancangan televisyen yang menyampaikan pengisian ugama agar kita menjadi orang yang berakhlak mulia serta beriman dan beramal soleh kepada Allah Taala mahupun dari motivator-motivator yang menyampaikan input-input kecemerlangan. Buku-buku, artikel, template yang memaparkan tentang kejayaan juga bersepah di luar sana. Belum lagi saya jumpa buku yang bertajuk Bagaimana Untuk Menjadi Orang Yang Gagal atau Rahsia Menjadi Orang Biasa-Biasa. Semua yang ada ialah berkenaan kecemerlangan dan kejayaan.

Image result for cikgu mengajar

Malangnya pengisian-pengisian begini tak berapa disukai ramai. Kalau terbuka rancangan Forum Perdana di televisyen cepat-cepat tukar kepada rancangan hiburan dan lawak. Itu lebih menyeronokkan. Kalau ibubapa memberi arahan dan menerangkan tentang itu ini mengenai kehidupan buat acuh tak acuh sahaja sebab selalu sangat dengar katanya. Bila ibubapa hantar pergi kelas motivasipun pergi dengan separuh hati.

Jadi dalam hal ini secara objektifnya apakah pilihan kita dalam pengisian elemen secondary ini? Adakah kita mengikut sahaja perjalanan kehidupan ke kiri dan ke kanan mengikut nasib? Atau adakah kita memilih hanya yang seronok dan berkiblatkan nafsu semata-mata? Atau adakah kita mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh ibubapa kita? Atau adakah orang lain yang menentukan perjalanan kehidupan kita?

Bukankah kita punya akal fikiran untuk memilih nilai dan prinsip yang mana satukah yang paling baik untuk kita masukkan dalam diri? Gigih, rajin atau malas? Pemurah atau kedekut? Sabar atau Pemarah? Memilih untuk belajar hingga peringkat tertinggi, memilih bidang mana yang ingin kita ceburi, memilih sukan mana yang kita sukai, memilih pekerjaan apa yang ingin kita lakukan mahupun memilih ugama manakah yang ingin kita anuti dan sebagainya?

Image result for akal

Kesedaran dan kefahaman tentang diri kita sendiri sebenarnya amat penting kerana diri kita sendiri merupakan modal untuk berjaya kelak. Lagi besar modal yang ada lagilah besar peluang untuk kita berjaya. Lagi banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran, sifat dan sikap yang cemerlang, hubungan yang baik dengan Allah dan sebagainya pastinya akan mengukuhkan modal diri lantas memudahkan diri kita untuk mencapai kejayaan yang kita impikan itu.

Kesimpulannya gunakanlah mata, telinga dan mulut dengan efisien, gunakanlah akal fikiran untuk mengalahkan nafsu, gunakanlah masa dan tenaga dengan cara yang berkesan untuk memasukkan pengisian dan kemahiran yang baik dan sebagainya untuk menjadikan kita sebagai manusia yang luar biasa lagi cemerlang!

Image result for kejayaan

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment