Followers

Friday, January 25, 2019

JAWAPAN KEHIDUPAN - ORANG YANG PALING BAIK IALAH YANG PALING BANYAK MENYUMBANG

MASUK KELUAR INPUT OUTPUT 

Sebagai makhluk dua elemen ini akan menjadi lumrah kehidupannya. Input ialah elemen yang masuk ke dalam diri dan output ialah apa yang keluar darinya.

Image result for fotosintesis

Sebenarnya kita boleh mengambil iktibar dari input dan output ini. Biar saya terangkan. Makhluk pokok contohnya mengambil masuk karbon dioksida iaitu sesuatu yang buruk dan melalui proses fotosentisis menukarkan kepada sesuatu yang positif iaitu 0ksigen sebahagian dari udara yang kita hirup saban hari. Kalau kita baling najis pada pokok sekalipun ia takkan membaling kembali kepada kita namun ia berterima kasih kerana najis merupakan baja bagi si pokok. Malah pokok tersebut bila diberi masa akan menghasilkan buah-buahan untuk kita. Ia menukarkan sesuatu yang negatif kepada positif. Nabi SAW juga begitu. Kalau dibaling najispun baginda tidak membalasnya walaupun malaikat begitu marah dan ingin membaling gunung kepada si pembaling najis itu. Baginda malah menghadiahkan doa kepada penduduk Taif yang akhirnya menjadi penganut Islam. Kalau manusia biasa pasti berbeza ye tak? Cuba lihat kehidupan kita saban hari. Apakah yang kita masukkan dalam diri dan apakah yang kita keluarkan?

Image result for tv couch


Saban hari kita masukkan dalam diri kita rancangan TV berunsur hiburan, lawak, drama, K Pop, games, media sosial, gosip membawang dan sebagainya kemudian apa yang keluar dari semua itu? Kita juga jadi pelawak dan tak habis habis bercerita tentang artis, hiburan, gosip bercerita tentang orang lain dan hal ehwal semasa. Kalau kita masukkan pelajaran maka pelajaranlah yang akan ada dalam diri kita. Kalau kita masukkan ilmu pengetahuan maka ilmu pengetahuanlah yang akan terbit dari diri kita. Kalau kita habiskan masa bermain bowling maka kemahiran bowlinglah yang akan kita dapat. Kalau kita habiskan masa melukis maka lukisanlah yang bakal kita dapat. Sebenarnya dalam hal ini kalau kita masukkan yang buruk maka yang keluarpun akan buruk juga. Masuk najis keluarpun najis baik dari perbuatan mahupun percakapan. Ia bakal membentuk sifat dan sikap anda. Cuba kaji diri anda sendiri apakah yang saban hari keluar dari mulut dan perbuatan anda? Cuba lihat keliling anda bagaimana pula? Apakah yang mereka katakan dan lakukan? Hakikat sebenar dalam hal ini ialah manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak menyumbang. Menyumbang di sini membawa maksud output sebenarnya. Mengeluarkan apa sahaja ilmu, nasihat, buah fikiran, jalan penyelesaian, masa, tenaga, pekerjaan dan wang ringgit untuk kebaikan sebanyak yang mungkin saban hari.

Kalau kita lihat mereka yang luar biasa dan berjaya dalam dunia merupakan penyumbang kepada khalayak yang besar. Lagi besar output sumbangan mereka lagilah berjaya kedudukan mereka itu. Bill Gates yang menyumbang komputer, Jack Ma yang menyumbang platform shopping online Alibaba, Mark Zuckerberg pengasas Facebook semuanya merupakan manusia yang luar biasa malah Nabi SAW yang menyampaikan dakwah Islam jauh lebih luarbiasa dengan pengisian yang membawa kepada kejayaan akhirat.   Kita bagaimana? Ada juga manusia yang punya banyak input, rajin membaca dan menimba ilmu tapi langsung tak ada pengeluaran. Mereka hanya berdiam diri memerhati dan bercakap di dalam hati walaupun mereka punya ilmu, boleh bersuara menyampaikan buah fikiran. Namun demikian ada juga yang rajin berceloteh dan bercakap macam tupai tercabut ekornya tapi isi percakapannya hanya kosong dan sia-sia sifatnya. Dalam hal ini berdiam diri adalah lebih baik. Sebenarnya kita boleh “baca” setiap orang berdasarkan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Kalau butir yang keluar banyak kisah artis maka kita tahulah yang dia rajin mengisi diri dengan kisah artis, kalau banyak membawang pasal orang lain maka kita tahulah yang mereka itu kaki gosip dan menjaga tepi kain orang lain. Orang yang banyak isi, ayat yang keluar darinya bersifat bernas dan membina.  

Image result for gosip


Pada masa yang sama ada juga manusia yang begitu kedekut dengan tenaganya untuk membantu yang lain. Tenaganya, masanya, duitnya hanya untuk dirinya sendiri. Sumbangan bukan untuk ramai tapi HANYA untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja. Main games, menonton TV, media sosial, bersenam dan bersukan dan segala perbuatan hanya untuk kebaikan diri sendiri. Duit juga begitu. Hanya pembelian yang menguntungkan diri sendiri malah lebih teruk meminta dan mengambil dari orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Kedekut segalanya. Masuk tak keluar atau masuk kalau keluarpun untuk kegunaan sendiri. Yang keluarkan masa dan tenaga untuk tujuan yang buruk pula lagilah dilarang dan mesti dielakkan kerana ia hanya membawa kerosakan.

Image result for selfish


Dari sudut yang lain pula kita masukkan yang buruk dalam diri, asap rokok, dadah, arak, gam dan sebagainya. Memasukkan yang buruk dalam diri pastinya akan membawa keburukan dalam diri. Lambat lain akan menjejaskan kesihatan tubuh badan dan kemudaratan. Itu dari sudut fizikal yang kelihatan, dari sudut rohani pula makan dari makanan yang haram mahupun dari sumber yang haram iaitu duit yang diterima dari rasuah, penipuan, pencurian juga akan membawa kekotoran kepada elemen kerohanian dalam diri. Anda yang dijodohkan dengan penulisan ini manakah lebih baik? Si penulis yang mengeluarkan atau sipembacanya yang memasukkan ? Si penulis mengeluarkan input si pembaca memasukkan input. Lebih baik lagi si pembaca yang mendapat input mengembangkan input ini dan menyampaikannya kepada orang lain. Paling takpun share input ini. Tak begitu? Dari perspektif Islam ia bersesuaian dengan fungsi kita sebagai makhluk manusia yang tugasnya untuk memakmurkan bumi ini dan bukan merosakkannya. Pastinya output yang bagus memakmurkannya sedangkan output yang buruk merosakkannya. Malah output yang bersifat mementingkan diri sendiri juga bukanlah sesuatu yang terbaik. Mari kita dalaminya lagi. Dalam Islam kita kena solat bersujud menyembah Allah, berpuasa, mengaji, bersikir, berdoa, mengerjakan haji dan umrah, berzakat dan bersedekah. Bukankah semua ini berbentuk output? Bukan untuk diri tapi untuk Allah. Kalau kita kedekut masa dan tenaga maka pasti kita tak solat ye tak? Kalau solatpun punya laju macam kilat sedangkan masa, tenaga dan tubuh badan semuanya Allah Taala yang bagi. Apalah salahnya kita bagi masa yang berkualiti untuk tujuan ibadah kepadaNya? Kita juga dianjurkan mengerjakan puasa, haji dan umrah, berzakat dan bersedekah semuanya berbentuk output tenaga, masa dan wang ringgit. Kita disarankan menyampaikan atau dakwah, ini juga berbentuk output kata-kata yang kita tak dapat lari darinya. Tapi bagaimana kita nak  buat semua ini kalau kita tak punya ilmu mengenainya? Ilmu yang kita ada dalam diri ialah perihal hiburan, lawak jenaka, hal ehwal semasa, hal orang lain, hal dunia dan artis? 

Image result for ibadah


Jom kita pergi lebih dalam lagi. Kalau kita menyumbang lagu maka kita mungkin akan dapat menghiburkan orang lain namun hukumnya makruh tapi kalau kita menyumbang zikrullah, bacaan Al Quran dan doa maka saya yakin sumbangan itu lebih berharga. Beribu-ribu sel-sel zikrullah berterbangan di udara yang kita sumbangan saban hari pasti sedikit sebanyak membawa kebersihan kerohanian dalam udara yang bakal disedut oleh orang lain. InshaAllah ia akan membawa kebaikan bukan hanya kepada orang lain tapi kepada diri kita sendiri dalam bentuk ganjaran dari Allah Taala kelak. InshaAllah. Jom kita lontarkan banyak-banyak zikir, bacaan ayat Al Quran dan doa ke udara supaya secara kerohaniannya ia bercampur dengan udara lantas membawa kebaikan kepada orang lain yang menghirup udara tersebut. Lagipun hanya dengan berzikir hati akan tenang. Itu ganjaran pasti yang Allah akan kurniakan kepada ahli zikir. Oleh itu daripada menyanyi berzikirlah kerana itu lebih baik. Berzikir akan membersihkan hati. Hati yang bersih akan menyebabkan mata hati menjadi terang lantas memudahkan ilmu yang baik untuk masuk bertandang dan berkembang.

Image result for berzikir

Dari segi rohaninya kebaikan dan sumbangan yang kita buat akan membawa kepada ganjaran yang jauh lebih banyak dari itu. Sumbangan ilmu membawa kepada ilmu yang lebih banyak, sumbangan duit membawa kepada duit yang lebih banyak sumbangan masa dan tenaga mungkin tak bawa masa dan tenaga yang lebih banyak tapi InshaAllah ia membawa kepada ganjaran pahala yang lebih banyak. InshaAllah.

Ini bermakna dalam memasukkan input ada ilham tambahan yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyampai dan mengeluarkan output tersebut baik dari segi kata-kata dan penulisan. Dalam hal ini kita ada kelebihan kerana senjata kita orang mukmin ialah doa. Kita boleh berdoa dan meminta input itu dan ini dari Allah. Minta kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. InshaAllah Dia akan memakbulkan dan memberi apa sahaja yang diminta hambaNya itu. Nampak tak jalan cerita dan pengisian dalam artikel ini? Anda tak ada ilmu? Maka mula masukkanlah ilmu yang baik dalam diri. Anda yang punya ilmu, maka janganlah berdiam diri, sampaikanlah ilmu-ilmu tersebut. Kalau Nabi pendiam maka pastinya ugama Islam takkan berkembang sepertimana sekarang. Anda ada tenaga maka gunakanlah tenaga itu untuk membantu ibubapa dan sesiapa sahaja. Buat kebaikan dan tunjukkan teladan. Akhlak yang baik akan menjadikan pemunya akhlak itu dipandang cantik lagi mulia. Anda ada duit maka gunakanlah untuk menyumbang kepada ummah. Janganlah jadi orang yang kedekut dan pentingkan diri sendiri! Yang terbaik ialah mereka yang sanggup menyumbang apa sahaja yang mereka ada selagi tak bawa kemudharatan kepada dirinya sendiri. Kehidupan manusia sebenarnya lebih mengenai output kebaikan kepada ramai. Input juga tertakluk kepada perkara yang baik sahaja. Ini akan membawa kepada manusia yang baik, beriman dan berakhlak mulia. Mungkin inilah sebabnya wahyu pertama yang diterima Muhammad SAW dari Allah melalui Malaikat Jibrail di Gua Hira’ ialah Iqra’ yang membawa maksud Bacalah! Bacalah bagi tujuan memasukkan sebanyak mana input ke dalam diri.

Image result for iqra


Dalam pada itu hati yang penuh dengan najis dan sampah sarap akan lambat laun tertutup dan output yang keluar akan hanya yang busuk, memaki hamun, mencarut, fitnah, menipu, mengadu domba dan sebagainya dari segi perbuatan pula membawa kepada tindakan yang buruk dan merosakkan diri, keluarga dan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Merompak, menyamun, mencuri, membuli, meminta-minta, menyusahkan dan lain-lain lagi.


Image result for dirty heart


Hati yang kotor dan tertutup tidak akan dapat menerima ilmu. Yelah manakan ilmu yang bersih sifatnya dapat duduk dalam hati yang kotor dan penuh dengan kuman dan najis? Jadi jom kita sama-sama setiap hari mencari jalan mengeluarkan output dan menyumbang untuk kemakmuran ummah! Kalau yang masuk input negatif sekalipun seperti tohmahan, fitnah dan hinaan orang lain, kita tetap tukarkannya kepada output yang positif, memaafkan dan lebih baik lagi memberi hadiah dalam bentuk doa kepada mereka ini. 


Ikhlas, 

FY Al Haj

0166667430

https://motivasiku.blogspot.com/ 



Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment