Followers

Thursday, January 31, 2019

JAWAPAN KEHIDUPAN - PERIHAL PENGISIAN DUNIA DAN AKHIRAT


PEMBENTUKAN ORANG DUNIA VS ORANG AKHIRAT

Pengisian blog ini melibatkan pengisian-pengisian tak formal yang tak disampaikan dalam aliran akademik di negara ini. Ia sebenarnya bertindak sebagai manual diri dan kalau dihayati, diselami dan dilaksanakan boleh membawa kejayaan di dunia dan di akhirat, InshaAllah. Kali ini kita bercerita tentang pembentukan orang dunia vs orang akhirat.

Pengisian Primary
Adalah pengisian mengenai sumber yang dikurniakan Allah kepada kita sejak lahir. Pengisian mengenai kurniaan masa dan tenaga, anggota dan pancaindera baik otak dan akal fikiran, mata dan penglihatan, telinga dengan pendengaran, mulut dengan percakapan dan lain-lain nikmat yang Allah kurniakan dengan objektif supaya semua kurniaan ini digunakan dengan cara yang cekap dan effisien.

Image result for pancaindera dan anggota

Pengisian Secondary
Ialah pengisian bagi tujuan pembentukan jati diri. Pengisian ini datang dari luar dalam pelbagai kategori baik akademik, sukan, kemahiran, ugama, Ideologi dan lain-lain lagi bagi membentuk diri untuk jadi insan yang baik, cemerlang dan gemilang. Menerapkan sifat dan sikap yang cemerlang untuk menjadikan diri seorang yang luar biasa.

Perkara ini pernah saya terangkan dalam bab sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

Kombinasi kedua-dua sumber Primary dengan menggunakannya secara effisien dan sumber Secondary dengan memasukkan sifat dan sikap yang cemerlang dalam diri bakal membawa kejayaan kepada kita sebagai manusia. Kombinasi masa dan tenaga yang digunakan untuk menimba ilmu, sifat yang positif ditambah pula dengan dan sikap yang penuh dengan kegigihan tanpa mengenal putus asa pasti akan membawa ganjaran yang baik. Sebaliknya kombinasi masa dan tenaga digunakan dengan sia-sia dan tak berfaedah ditambah dengan sifat yang negatif serta sikap malas dan hangat-hangat tahi ayam pasti akan hanya membawa kegagalan.

Image result for kegigihan

Dalam hal pengisian secondary ini pula andai anda seorang yang beragama Islam maka ia boleh dipecahkan kepada samaada pengisian itu pengisian keislaman yang berbentuk dakwah bagi tujuan membentuk akhlak, pengisian ilmu dan amal ibadah dan sebagainya bagi persiapan menuju kehidupan selepas mati iaitu alam akhirat.

Atau

Pengisian yang bersifat keduniaan. Pelajaran dalam pelbagai bidang baik kedoktoran, kejuruteraan, teknikal, sejarah, geografi, matematik, sukan, nilai moral, kemahiran atau apa sahaja yang yang diperlukan untuk menjayakan kehidupan di dunia semata-mata.

Mungkin ilustrasi di bawah ini akan memberikan kefahaman yang lebih baik lagi.



Memandangkan kita hidup dan dilahirkan ke dunia maka sejak dahulu lagi pengisian akademik telah menjadi pengukur dan penentu kedudukan dan kerjaya seseorang jadi ramai ibubapa yang begitu menekankan kepada anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh agar menjadi pelajar yang cemerlang dan yang terbaik.

Kamudian kita bekerja, berniaga dan berusaha besungguh-sungguh saban hari 24 jam sehari bertahun lamanya untuk berjaya, untuk punya rumah yang besar, kereta mewah, isteri yang cantik dan sebagainya hingga adakalanya melanggar hukum hakam, menipu, makan rasuah hanya untuk mengejar kejayaan di dunia ini.

Image result for clubbing

Sekiranya seseorang begitu fokus kepada pengisian keduniaan maka akhirnya ia akan menjadikan seseorang itu liberal dan punya pandangan yang sekular keduniaan. Pandangan mata kasar, pandangan menggunakan logik akal mahupun saintifik. Mereka akan menjadi orang dunia dan mengejar nikmat dunia semata. Mereka ini saya namakan sebagai orang dunia.

Seterusnya sekiranya seseorang itu fokus kepada pengisian ugama yang membawa kepada kepercayaan kepada perkara yang ghaib, kepercayaan kepada para rasul dan malaikat, membawa mereka menjadi orang yang menurut perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Menjadi orang yang berakhlak mulia, menutup aurat, bersolat, berpuasa, berzakat, menjaga hubungan dengan manusia dan dengan Allah Taala. Pandangan mereka menggunakan mata hati dan segalanya yang dilakukan dengan harapan ia mendapat keredhaan Allah Taala. Mereka ini saya namakan sebagai orang akhirat.

Image result for menutup aurat

Apapun dalam diri kita, pengisian diri kita punya dua serpihan ini iaitu pengisian dunia dan pengisian akhirat. Ia bersepah dan bercampur aduk dalam diri kita dan sebenarnya perlukan huraian dan penyusunan semula. Kalau ia lebih akhirat maka ia akan menjadikan kita lebih spiritual dan kalau ia lebih dunia menjadikan kita lebih liberal. Mungkin gambar fasa penutupan aurat di atas menunjukkan tahap liberal menuju ke arah ke akhiratan.

Tunggu... Saya akan huraikan mengenai semua ini dalam artikel yang akan datang. InshaAllah. Mengenali antara orang dunia dan orang akhirat ini mungkin akan memberikan anda satu perspektif baru dalam kehidupan dan InshaAllah membawa kepada kehidupan yang lebih bermakna.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment