Followers

Monday, April 9, 2012

Mati itu Wajib




Sudah agak lama FY tidak menulis pengisian hati memandangkan FY sibuk dengan penulisan saham bagi tujuan meningkatkan ekonomi ummah namun sempena bulan Ramadhan yang mulia ini FY menyambung kisah untuk kita sama-sama renungkan.

Beberapa hari yang lepas adik seorang kawan FY yang berumur 12 tahun meninggal dunia terjatuh dalam bilik air. Melihatkan betapa sedihnya adik serta ibunya yang begitu sukar untuk melepaskan jenazah membuatkan FY hiba. FY rasa seperti budak itu seakan salah seorang anak FY. Anak yang tidak berdosa dan masih mentah dan baru singgah di muka bumi ini. Apapun semua ini adalah kehendak Allah Taala dan tiada siapa yang dapat menghalang kehendakNya. Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai manusia ialah redha.

Sesungguhnya redha ini termasuk dalam rukun iman dan FY yakin mereka yang dapat menerapkan sifat redha dalam hati dalam apa juga susunan Allah Taala ataupun dapat menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka dengan rela maka ia merupakan petanda pemilik hati itu adalah orang yang beriman.

Redha kerana ini kehendak Allah Taala dan bukannya kehendak kita sebagai manusia. Mungkin andai ia kehendak kita maka mungkin kita mahu hidup selama-lamanya tidak mahu meninggalkan dunia ini. Mungkin untuk mengumpul sebanyak harta yang boleh. Mungkin juga kerana takut untuk bertemu dengan Allah Taala, takut dihumban ke dalam neraka dan sebagainya. Namun untuk apa? Kita akan hanya menyesakkan dunia yang semakin sesak ini.

FY yakin sepanjang kehidupan kita telah berpeluang untuk menyaksikan majlis pengkebumian seseorang, baik datuk, nenek, ibu bapa, kawan, sanak saudara dan sebagainya baik yang dekat mahupun yang jauh, baik yang disayangi mahupun tidak. Inilah lumrah kehidupan yang pasti akan menemui kematian. Sesungguhnya kematian itu wajib bagi kehidupan. Hari ini ia giliran mereka, yang pastinya giliran kita akan tiba juga. Kematian seharusnya menjadi iktibar kita yang hidup. Mengambil iktibar yang satu hari giliran kita juga akan tiba, mengambil iktibar suatu hari nanti kita yang akan dikapankan, kita yang bakal dimasukkan ke dalam liang lahat, mengambil iktibar agar kita meningkatkan usaha beramal dan mengabdikan diri kepada Allah Taala.

Sesungguhnya Allah berfirman “Dunia ini hanya main-main dan akhirat juga yang kekal abadi...”

Nabi SAW juga pernah bersabda “Orang yang bijak dalah orang yang mengingati mati dan membuat persiapan menuju kematian...”

Kemudian FY pernah terbaca ; Kalau kita punya dua jemputan, satu jemputan keraian dan satu lagi jemputan kematian maka lebih baik kita pergi menziarah kematian kerana ia akan mengingatkan kita kepada akhirat sedangkan yang satu lagi akan hanya mengingatkan kita kepada dunia.

Jadi marilah kita kurangkan mengingati dunia dan lebihkan  mengingati kematian dengan mempertikatkan ibadah kepada Allah Taala. InsyaAllah.

Sekian dulu. FY mengundur diri.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Jom kita sambung penceritaan dalam bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Pembangunan Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup


No comments:

Post a Comment